Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian
Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2009 
Kumpulan PISMPSN 1109, PISMPS 1109 dan PISMPPJ 1109
KERTAS KERJA
PENGANJURAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
SUBJEK PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 
PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN
|       KUMPULAN PENGAJIAN: PISMP AMBILAN JANUARI     2009                         (PISMPSN     1109, PISMPPS 1109 dan PISMPPJ 1109) TEMPAT AKTIVITI             : DEWAN SRI SAMARAHAN IPGKTAR TARIKH                                 :     26 FEBRUARI 2011 MASA AKTIVITI                   : 0800 - 1400 PENSYARAH                       :     Puan Chandrawati binti  |     
1.    PENDAHULUAN
Subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah merupakan subjek elektif bagi Kumpulan Pengajian PISMPSN1109, PISMPPS 1109 dan PISMPPJ 1109. Pada semester lima ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’. Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival Permainan Tradisional ini turut menjemput beberapa kumpulan pengajian yang lain untuk menyertainya. Karnival ini akan mengetengahkan tema ‘Permainan Tradisional Satukan Kita’.
2.     MATLAMAT
Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3112. Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing. 
3.    OBJEKTIF
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;
3.1  Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.
3.2  Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.
3.3  Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.
3.4  Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
3.5  Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.
3.6  Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.
3.7  Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.
3.8  Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.
3.9  Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan.
4.    MAKLUMAT PROGRAM
4.1 Nama Program               :           Karnival Permainan Tradisional 2011
4.2 Tema Program               :           ‘Permainan Tradisional Satukan Kita’
4.3 Penganjur                       :            PISMPSN 1109, PISMPPS1109, PISMP PJ1109
4.4 Tarikh                              :           26 Februari 2011
4.5 Tempat                            :           DEWAN SRI SAMARAHAN IPG KTAR
4.6 Masa                                :            0800-1400
4.7 Peserta yang Terlibat    :           PPISMP AMBILAN JUN 2010 (4 Kumpulan)
5.    SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN
5.1        Zero Tarzan
5.2        Guli Roket
5.3        Lastik Getah
5.4        Batu Seremban
5.5        Batak Lampung
5.6        Guli
5.7        Getah
5.8        Serak Lidi
5.9        Ketinting
5.10      Selipar Kaki Tiga
5.11      Gusti Lengan
5.12      Galah Panjang
6.    UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERMAINAN SERTA PERMARKAHAN
·        Undang-undang dan peraturan permainan adalah seperti yang ditakrifkan dalam kertas kerja kumpulan kecil Permainan Tradisional mungkin kumpulan kecil masing – masing.  Iaitu terdapat 12 jenis permainan kecil akan dianjurkan
7.    SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
·         Rujuk lampiran A
8.    TENTATIF PROGRAM (KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)
7.45 pagi        - Ketibaan peserta dan pensyarah
             - Pendaftaran peserta
             - Taklimat permainan
             - Pembahagian kumpulan
             - Sesi Pemanasan Badan (IPG KTAR Exercise)
8.45 pagi        - Permainan 1 (Zero Tarzan)
             - Permainan 2 (Guli Roket)
             - Permainan 3 (Lastik Getah)
             - Permainan 4 (Batu Seremban)
             - ‘Take 5’
             - Permainan 5 (Batak Lampung)
             - Permainan 6 (Guli)
             - Permainan 7 (Getah)
             - Permainan 8 (Serak Lidi)
             - ‘Take 5’
             - Permainan 9 (Ketinting)
             - Permainan 10 (Selipar Kaki Tiga)
             - Permainan 11 (Gusti Lengan)
             - Permainan 12 (Galah Panjang)
             - ‘Take 5’
Sesi Penangguhan Program
12.30 ptg        - Ketibaan tetamu/undangan
             - Ucapan penutupan
             - Penyampaian Cenderamata
             - Penyampaian Hadiah kepada peserta
             - Jamuan
 - Bersurai
9.    ANGGARAN KOS
·         Rujuk lampiran B
10. SENARAI NAMA PESERTA
·         Senarai nama peserta dan kumpulan pengajian adalah mengikut senarai nama untuk pelajar semua pelajar semester 2 PPISMP Ambilan Julai 2010 dan KPLI  Ambilan Januari 2011. 
11. PERALATAN DAN TEKNIKAL
·         Rujuk lampiran C
12. BORANG PENYERTAAN (URUSETIA)
·         Rujuk lampiran D
13. BORANG PEMARKAHAN (KEPUTUSAN PERMAINAN)
·         Rujuk Lampiran E
14. PENUTUP
            Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu yang amat perlu sebagai persediaan guru-guru pelatih Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPG) sebelum melangkah jejak ke pintu sekolah kelak. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru pelatih PISMP-IPG dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang.
Disediakan oleh,         
……………………………….
(PUAN CANDRAWATI BINTI IBRAHIM)
Pensyarah Penasihat
Disemak oleh, 
………………………………..
(EN. NOOR BAHAR BIN AZHAR)
Ketua Jabatan, 
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan               
Diluluskan oleh,
………………………………….
(EN RIJENG ANAK JAHET)
Pengarah, 
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
CADANGAN :          DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA DAN ORGANISASI KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2011
PENAUNG
PENSYARAH PENASIHAT
PUAN CANDRAWATI BINTI IBRAHIM
PENGERUSI
SADIT ANAK LIMBAI
NAIB PENGERUSI
PAUL ANAK GOSPA
SETIAUSAHA
NICHOLAS BIN MALIKI
NAIB SETIAUSAHA
BENDAHARI
DESMITH DAWEH ANAK LEO
NAIB BENDAHARI
Publisiti dan Dokumentasi                                                       Makanan dan Minuman
SYARIFUDDIN BIN SUDIRMAN (K)                                            ARFIZA BINTI SAFIAN (K)          
WILMA ANAK AKAM                                                                 MOHD. TAUFIK BIN SUUT
CLARENCE ANAK NICHOLAS NGALANG                                   PAULUS AK DORLEN
MCALICESTER GARAI AK WAN                                                ANGELINA BINTI ANDREW DAAL
DAYANG HERNY SUFINA BINTI AWANG AHMAD                      EMIEDILIA LIDEM
ANGELA DEVI A/P ROGERS SUNDRANATHAN             EMILLY AK SUGI
CYNTHIA SIEW                                                             SITI NOOR AISYAH BINTI SAPIEE
Urusetia dan Protokol                                                  Keselamatan dan Kebersihan
MOHAMAD AZLAN BIN OMAR (K)                                             NORAZIMAH BINTI GANI (K)
LIM SIEW JIAU                                                                          ALEXZANDA NGU        
BARBARA SIMA AK. INNIT                                                        MOHD. HAFRIZ BIN KAMIL
FAIROL BIN AMIT @ HAMID                                                      ALVINTINO JAMIT
KRISTINIE INCHIE AK. BONIFACE INTANG                                 MOHD. NORAZLIZAM BIN AZMAN
CECILIA CINDY GUGUP                                                            JALANI BIN ZAINI
FAZLIN LATIFAH BINTI RAMDANI                                              ZAINALABIDIN BIN ABDULL WAHAB
Cenderahati dan Hadiah                                                           Peralatan
UMI NASYEHA BINTI MUSTAPHA (K)                                         MICHEAL BETI TUANG (K)
FRANCESCA AK STANLEY KAWI                                              MOHD. FIRDHAUZ BIN SENAN 
AMY JESSICA AK CHANGAI                                                     AHMAD AZMI BIN HJ SEBLI
MIMI JOHNA AK. ANDREW JALIN                                             MU’AZ BIN AB RAHMAN
NOORASILAH BINTI ZAINUDIN                                      MOHD HAFIZ BIN DELI
RITA AK JIMBON                                                                      MUHD. MUHAZRIN BIN SUBANDI
SITI NABILAH DERAHMAN                                                        HERMA JULIANNY AK HENRY
VOON MUI YEE                                                                        VIANEY BINTI JUGI 
                                                                                                MADELINA AK BANTIN
                                                                                                MOHD. FADZLI BIN AWANG BAKAR
Pengadilan dan Penghakiman
MOHD. REZUAN BIN ABDU LATIP @ LATIP
ANGELA FRESMA AK LAI
SEPAWI BIN HJ. LUKOI
FLORENCE AK JAIT
JAMES WONG HUANG CHIEW
TERRENCE JUAN AK BUNDONG
FAIRUZ NOOR AZWIN BINTI ABD KHALID
ELLIS AK BENARD
AWANGKU ISSAM BIN AWANGKU SERMA
FARZONA BINTI KAMAT
SITI NORASYIKIN BINTI BUJANG
MUHAMAD NURSALAM AL – HAFIZ BIN OSMAN
LAMPIRAN B
Anggaran perbelanjaan
|     Bil  |        Perkara  |        Anggaran   Harga Seunit  |        Kuantiti  |        Jumlah  |   
|     1.  |        Hamper   |        RM30  |        7  |        RM210  |   
|     2.  |        Makanan  |        RM5  |        200  |        RM 1000  |   
|     3.  |        Cenderamata  |        RM15  |        4  |        RM60  |   
|     4.  |        Kordial  |        RM5  |        4  |        RM20  |   
|     5.  |        Ais batu  |        RM5  |        2  |        RM10  |   
|     |        |        |        |        |   
|     |        |        |        |        RM   1300  |   
Catatan: 
Perbelanjaan untuk permainan tradisional yang diadakan adalah mengikut kertas kerja kumpulan masing – masing.  
Manakala dana untuk pengelolaan karnival permainan sukan tradisional ini adalah hasil daripada kutipan dana 3 kumpulan tersebut.
LAMPIRAN C (PERALATAN)
|     Bil  |        Perkara  |        Kuantiti  |   
|     1.   |        Portable   Microphone                        |        1 buah  |   
|     2.  |        Healer  |        1 buah  |   
|     3.  |        Extension Cable  |        3 buah  |   
|     4.   |        Speaker   |        1 buah   |   
|     5.   |        Papan Markah  |        1 buah  |   
·         Senarai peralatan bagi setiap permainan tradisional adalah mengikut kepada kertas kerja permainan tradisional kumpulan kecil masing – masing.
LAMPIRAN D: Borang penyertaan (Urusetia)
Nama acara/permainan                  : ______________________
Masa permainan                              : ______________________
Penyelia acara/permainan             : ______________________
Kumpulan pengajian                      : ______________________
Ketua kumpulan (permainan)       : ______________________
|     Bil  |        Nama Peserta  |        No.Kad   Pengenalan  |        Tandatangan  |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
|     |        |        |        |   
Disahkan oleh,
_____________________
(Ketua Penyelaras Aktiviti)
LAMPIRAN E: Borang Keputusan Perlawanan
Nama Acara/Permainan                 : _____________________________
|     Kedudukan  |        Nama   Pasukan/Kumpulan Pengajian  |        Catatan  |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
Nama Acara/Permainan                 : _____________________________
|     Kedudukan  |        Nama   Pasukan/Kumpulan Pengajian  |        Catatan  |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
|     |        |        |   
salam. mohon izin utk menyunting hasil kerja saudara. ;)
ReplyDeletesalam,mohon izin untuk jadikan hasil kerja saudara sbagai rujukan, terima kasih,^^
ReplyDelete